Isnin, 23 November 2015

LAGU ASSALAMUALAIKUM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Lagu Assalamualaikum oleh Faizal Tahir memberi mesej kepada kita untuk sama-sama berfikir bagi mewujudkan keamanan dan kedamaian dalam kehidupan.



 Assalamulaikum
by Faizal Tahir

Nana nanananana, nana nanananana
Nana nanananana

Nana nanananana, nana nanananana
Nana nanananana

Apa yang ku lihat ini
Mengapa hanya video bunuh sana sini
Di kaca TV, dalam internet, di FB
Hanya darah dan air mata
Ramai yang hina agamaku
Terasa bakar di jiwaku
Can't believe there are people like this
Can't believe we are living like this

Apa kita hanya terima sahaja?

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Warna kulit, kaum, asal usul
Jangan menilai hanya pada rupa
Adakah matamu mengatasi akalmu?
Satu untuk semua (satu untuk semua)
Semua untuk satu (semua untuk satu)
I believe we are better than this
We could all be better than this

Apa kita hanya berdiam sahaja?

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum

Dengar aku, dengarku selalu bersalah
Selalu terleka dan ku sedari semua
Ampuniku, ampuniku yang berdosa
Ku berubah hari ini untuk kamu

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Ooo... Assalamualaikum dunia
Bangunlah semua
Damailah, damailah manusia
Kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum
(Damailah manusia, kita bersaudara)

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum dunia
Damailah pada kamu semua
  

Rabu, 18 November 2015

Enam Lelaki Nepal di tahan Berhubung Kes Bunuh Kerani Sekolah

Enam Lelaki Nepal di tahan Berhubung Kes Bunuh Kerani Sekolah

Kerani berusia 29 tahun dan tidak didedahkan nama oleh
MUAR: Enam lelaki warga Nepal ditahan bagi membantu siasatan susulan pembunuhan seorang kerani wanita di Muar petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata kesemua suspek berusia antara 25 dan 43 tahun itu ditahan beberapa jam selepas kejadian.
Kerani berusia 29 tahun dan tidak didedahkan nama oleh polis, dipercayai baru pulang dari tempat bekerja di sebuah sekolah apabiladirompak dan dibunuh di rumahnya di Taman Setia Kasih Sungai Terap, kira-kira pukul 2 petang.
Menurut jiran, mangsa mungkin pulang ke rumah pada waktu itu untuk makan tengah hari atau mengambil barangan.
"Namun mereka (jiran) tertanya-tanya apabila enjin kereta mangsa masih tidak dimatikan sehingga pukul 5 petang biarpun sudah masuk ke rumah, menyebabkan mereka meninjau persekitaran rumah," kata Azman pada sidang media di sini pada Selasa.
Beliau berkata jiran terkejut mendapati pintu rumah depan terbuka lantas menghubungi polis, sebelum mangsa dijumpai terbaring di bilik utama rumah itu dengan lehernya dijerut tali pengikat langsir.
Kata Azman, sejumlah barang kemas, dompet, telefon bimbit dan dokumen pengenalan diri milik mangsa hilang dalam kejadian itu, namun polis tidak menemui sebarang senjata dan kesan pecah rumah di tempat kejadian.
"Buat masa ini, siasatan menjurus kepada rompakan yang bertukar menjadi pembunuhan manakala motif dan punca kematian masih disiasat," katanya.
Polis turut meminta orang ramai agar menjaga sensitiviti keluarga mangsa dengan tidak menyebarkan berita palsu dan gambar mangsa di laman sosial Facebook.

polis, dipercayai baru pulang dari tempat bekerja di sebuah sekolah apabila dirompak dan dibunuh di rumahnya di Taman Setia Kasih Sungai Terap, kira-kira pukul 2 petang.

Ulasan:
Isu keselamatan merupakan perkara yang sangat penting dan menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini. Hak kebebasan dan keamanan sudah mula terhakis sejak akhir-akhir ini. Kerisauan dan ketakutan dirasakan oleh semua lapisan masyarakat apabila kes jenayah dilihat semakin berleluasa dan meningkat. Ditambah lagi dengan kebanjiran warga asing yang bekerja di negara ini. Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua.

Ahad, 15 November 2015

KECELARUAN SOSIAL PUNCA KES BUANG BAYI MENINGKAT

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام اشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى اله

وصحبه اجمعين


KECELARUAN SOSIAL PUNCA KES BUANG BAYI MENINGKAT

Oleh Akhbar Satar bhnews@bh.com.my

NEGARA kita semakin maju. Negara berkembang pesat dalam semua aspek sama ada dari segi ekonomi, politik ataupun sosial, selaras dengan Wawasan 2020. Dalam kepesatan pembangunan fizikal itu, kita mengalami masalah sosial yang agak kronik, seperti pembuangan bayi. Kemelut pembuangan bayi semakin berleluasa. Keadaan ini amat membimbangkan. Baru-baru ini, polis menahan seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi berusia sehari yang dibuang di dalam sebuah mesin basuh rumahnya di Kampung Ulu Dulang Kechil, Yan, Kedah. Hasil siasatan, suspek berusia 38 tahun itu mengaku melahirkan bayi berkenaan dalam bilik air di rumah berkenaan yang dikongsi bersama bapa mentuanya, tanpa pengetahuan suami serta bapa mentuanya. Bayangkan, ada juga yang membungkus mayat bayi dengan plastik, mencekik bayi sebelum ditanam, dibuang ke dalam mangkuk tandas, bahkan ada yang sanggup menanam bayi hidup-hidup. Mengikut ahli kriminologi, pengaruh rakan sebaya dan pergaulan bebas, suka sama suka, ingin mencuba seks, terlalu percayakan lelaki, terdedah aktiviti seksual secara berleluasa melalui jaringan internet, persekitaran tempat tinggal dan dirogol, antara sebab remaja terjebak dalam gejala pembuangan bayi. Punca keadaan sosial yang tidak teratur juga berkait rapat dengan hubungan renggang antara anak dan ibu bapa. Keadaan ini menjadikan remaja berani keluar rumah dan terbabit dengan aktiviti salah laku seksual sehingga hamil. Mereka kemudiannya mencari jalan mudah dengan membuang bayi yang dilahirkan akibat hubungan seks luar nikah.





Keruntuhan moral Keruntuhan moral remaja juga dipengaruhi cara hidup. Sering kali ia membabitkan remaja yang berasal dari kampung dan berhijrah ke bandar. Di bandar pula, kurang pengawasan dan kasih sayang ibu bapa juga mempengaruhi tingkah laku remaja. Ada juga remaja yang cukup didikan agama atau pelajar institusi pengajian tinggi yang terbabit dalam gejala pembuangan bayi. Oleh kerana takutkan dirinya atau bayi yang dilahirkan tidak diterima keluarga, serta pandangan serong dan cacian masyarakat, mereka mencari jalan mudah untuk membuang bayi mereka seperti sampah, dibuang di merata tempat, di masjid, surau, sungai, tong sampah, tepi jalan dan yang paling teruk di buang ke dalam mangkuk tandas tanpa sedikitpun rasa belas kasihan atau perikemanusiaan. Di Jerman, kerajaan menyediakan tempat khas sebagai pelindung kepada bayi yang dilahirkan akibat masalah sosial tadi. Tempat khas ini dikenali sebagai Babywiege, bertujuan mengelakkan bayi mati atau terbunuh akibat terdedah kepada kesejukan selepas dibuang. Undang-undang mereka juga membolehkan seorang bayi dijaga oleh hospital selama lapan minggu. Dalam tempoh dua bulan, seseorang ibu boleh mengambil semula anak yang mereka tinggalkan jika berubah fikiran. Selepas dua bulan barulah bayi itu, diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dijadikan anak angkat. Di negara kita, sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak-Anak Yatim Kuala Lumpur mewujudkan ruang khas Pelindung Bayi atau Baby Hatch di Kampung Tunku, Kuala Lumpur. Penyediaan ruang ini bagi membolehkan sesiapa yang terdesak meninggalkan bayi mereka di tempat selamat. Cara alternatif terbaik Ini adalah satu cara alternatif terbaik untuk sesiapa yang melahirkan anak luar nikah supaya tidak melakukan jenayah pembuangan bayi atau lebih sadis lagi, membunuh bayi mereka. Penempatan bayi di tempat perlindungan itu bagi membolehkan bayi yang dilahirkan, dijaga dan dapat diserahkan kepada keluarga angkat yang sesuai. Penyediaan tempat seperti ini tidak bermaksud untuk menggalakkan mereka membuat perlakuan yang bercanggah dengan tatasusila moral, tetapi bertujuan menyelesaikan masalah sosial yang berat, seperti pembuangan bayi yang seterusnya boleh mengakibatkan pembunuhan. Tempat seperti ini sebenarnya tidak perlu diwujudkan sekiranya kita mempunyai masyarakat yang bertanggungjawab. Lazimnya polis menyiasat kes pembuangan bayi mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Sekiranya didapati bersalah, seseorang itu boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali. Polis juga boleh menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang meletakkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Bagi kesalahan membunuh bayi, siasatan boleh dilakukan mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan. Seksyen 309B memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda. Disarankan supaya kerajaan mengkaji semula Seksyen 317 dan 318 Kanun Keseksaan supaya denda yang lebih berat dikenakan ke atas mereka yang bersalah. Ini perlu dilakukan supaya remaja akan berasa lebih takut dan serik untuk membuang bayi. Kabinet pernah memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu dikenakan hukuman berat. Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 Kanun yang sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Hukuman lebih berat Hingga kini polis belum lagi menggunakan seksyen ini. Hukuman berat penting supaya mereka akan berhati-hati ketika bergaul dan mengelak hubungan yang melampaui batasan agama. Ini membolehkan mereka menghayati gaya hidup sihat dan kejadian mengandung tanpa nikah dan membuang bayi pasti dapat dielakkan. Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan pusat seperti Taman Seri Puteri Cheras yang memberi perlindungan dan pemulihan kepada remaja yang terbabit, tetapi apa yang masih kurang ialah publisitinya. Insitusi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri dan masjid perlu memainkan peranan lebih aktif dan mencari jalan pencegahan serta penyelesaian holistik untuk mengelak berlakunya kes buang bayi atau menyekatnya daripada merebak sehingga tidak boleh dikawal lagi. Sebagai masyarakat Islam kita patut sama-sama mencari penyelesaian kepada masalah ini dengan memberi penekanan didikan agama yang sempurna kepada anak dan menjaga nasib bayi yang bakal dilahirkan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini ini. Keluarga adalah pelindung utama dalam membina pembentukan sahsiah dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan remaja. Pemantauan ibu bapa terhadap aktiviti anak perlu. Ibu bapa hendaklah meluangkan masa untuk anak. Di samping itu, bantuan pihak sekolah secara berterusan juga boleh membantu remaja yang terlanjur. Dua institusi ini, iaitu institusi keluarga dan sekolah begitu dekat dengan remaja dan jika kedua-duanya digembleng dengan rapi, ia dapat menyumbang kepada pengurangan kes remaja hamil luar nikah dan pembuangan bayi, bahkan pembunuhan yang tidak berdosa.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/95805

Ulasan :
Kes sosial seperti pembuangan bayi yang semakin berleuasa pada hari ini terutamanya dikalangan remaja hendaklah ditangani bersama. Melakukan zina sebelum akad nikah yang sah adalah merupakan dosa besar dalam Islam apatah lagi jika ditambah dengan dosa membuang atau membunuh anak yang  dilahirkan. Setiap anak yang dilahirkan mempunyai hak untuk mendapat perlindungan dan kasih sayang sebagaimana bayi-bayi yang lain. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dan seluruh keluarga kita.